“Makhluk dan Khaliq tidak berkumpul. Dunia dan akhirat juga tidaklah berkumpul dalam satu hati. Ada kalanya makhluk dan ada kalanya Khaliq di hati mu. Ada kalanya dunia dan ada kalanya akhirat. Ada kalanya terbayang bahawa makhluk ada di lahir mu sedang Khaliq di hati mu. Dunia di tangan mu sedang akhirat di hati mu. Adapun di dalam hati, kedua-duanya tidak berkumpul. Lihatlah kepada jiwa mu dan pilihkan untuknya, jika ia menghendaki dunia maka keluarlah akhirat dari hati mu. Jika ia menghendaki akhirat maka keluarlah dunia dari hati mu. Jika ia menghendaki Tuhan maka keluarlah dunia, akhirat dan apa yang selain Nya dari hati. Selagi di dalam hati mu masih ada sebesar semut yang selain ALLAH, maka kamu tidak melihat dekatnya ALLAH di sisi mu, dan tidak bangkit kejinakan dan ketenangan kepada Nya. Selagi di dalam hati mu masih ada dunia sebesar semut kecil, maka kamu tidak melihat akhirat di hadapan mu. Dan selagi di dalam hati mu terdapat akhirat sebesar semut kecil, maka kamu tidak melihat dekat kepada ALLAH” (Syeikh Abdul Qadir Al Jailani)